Saturday, December 3, 2011

Pandanglah .....









‎:: Pandanglah ::








pandanglah aku,




dengan mata hatimu


kerana aku tidak indah


untuk kau pandang dengan mata kasarmu itu


pandanglah aku


seperti kau memandang insan yang sempurna


walau kini ku duduk diatas sebuah kerusi roda


aku masih sama seperti mereka


punya perasaan


perlukan sokongan


masih perlukan didampingi


oleh insan-insan yang menyayangiku






pandanglah aku


dengan mata hatimu


dengankanlah bisikkan


dibalik dinding yang menyembunyikan


seribu satu persoalan, rasa dan juga kesakitan


cubalah kau dengar akan isi hatiku ini


agar kau bisa mengerti


akan apa yang tersurat dihati


dan yang tersirat di wajahku...

No comments:

Post a Comment