Sunday, December 25, 2011

Perjalanan



Andai di perjalanan  ini
kita melalui pelbagai jenis rintangan
meredahi onak dan duri
kadang terjatuh dan tersungkur
anggaplah ianya cuma ujian
dan satu permulaan bukan pengakhiran....


Biasalah hidup di dunia ini cuma satu perjalanan
kelak kita akan sampai jua ke satu perhentian
dan kemudiannya kita kan menuju ke sebuah kehidupan
bukan mainan, bukan khayalan tetapi satu kenyataan....


jika ada yang berkata
kehidupan kelak itu satu mimpi
sedarlah bahawa kehidupan inilah satu mimpi
kerana banyak tipu daya dan keseronokan sementara
membuai-buai minda dan hati 
yang bisa melalaikan kita-kita semua insan biasa..


sedarlah bahawa setiap awal subuh akan bertemu senjanya
sedarlah setiap larian akan bertemu penamatnya
sedarlah setiap yang muda akan bertemu tuanya,
sedarlah setiap yang bernyawa pasti akan bertemu matinya...


bunga tidak menguntum sekali
pabila layu, gugurlah ia
namun ia akan berkuntum kembali
memekar indah kelopak mewarnai
mengukir senyum si insan yang memandanginya


gugurnya bunga tidak bermakna berakhirlah ia
ia menguntum bunga yang baru dan segar harumnya
rawatlah kuntuman itu agar bertahan lebih lama
kekal dengan kesegaran dan keindahanNya

andai tersungkur sekali
jangan menyesal seumur mu
kerana selagi nyawa mu masih ada
mampu bernafas dan kau punya kudrat
kau bisa bangun kembali
kau bisa mengorak langkah lagi

YA
memang masa tak dapat kita putar kembali
tetapi diri kita tetap boleh diperbaiki
yang kemarin itu sudah tentu berlalu,
hari ini sudah pasti kita lalui
esok? misteri.....

apa yang ada dihadapanmu
hadapilah dengan kesabaran
mohonlah padaNya agar diberi kekuatan
untuk kau menempuhi
setiap perjalanan dihadapan
yang berliku dan berbatu-batu .....

dalam perjalanan ini
kita diberi pilihan
baik buruk
betul salah
kebenaran kesesatan
semua itu tertulis dalam kalamNya
yang kita jadikan panduan hidup

setiap masa merupakan peluang
untuk menambah amal dan "prepaid" di perjalanan
kerana hanya disini "prepaid"  itu dapat di "Topup" secukupnya
mencukupi atau tidak bukan urusan kita menghitungnya
beramallah dijalanNya, jalankan apa yang diperintahkanNya
laksanakan kewajipan dijalanNya..

setiap yang salah mampu diperbetulkan
setiap yang dah tersasar mampu kita halakan tujunya kembali
yang penting ada kemahuan untuk berubah
janganlah menghukum seseorang ke neraka
hanya kerana salahnya dan siapa dia
kerana hidayah itu milik Allah SWT


2 comments:

  1. kehidupan inilah satu mimpi
    kerana banyak tipu daya dan keseronokan

    Ya manusia kena bijak menilai mana satu kaca dan mana satu permata, bijak mengaut keuntungan pahala semasa didunia untuk dibawa ke akhirat.

    moga kita semua antara insan yang bertuah di sisi Allah swt

    ReplyDelete
  2. Salam kenal.
    Sajak yang syahdu sangat

    ReplyDelete