Friday, December 2, 2011

Seindah Pelangi Senja (PART 2)

Akhir Kenangan Sebuah Lembaran Diari 


ku kunci pintu hati, lalu kunci itu kusimpan dalam sebuah peti berkunci, kuncinya ku jatuhkan ditengah laut yang dalam..... akan tiba suatu saat kunci itu dapat juga ditemui, olehnya bakal pemilik hatiku ini... tapi masa itu bukan sekarang, dan aku juga tidak tahu bila masa itu akan datang....(Diari Asyiqin )

tujuh bulan sudah berlalu, namun masih segar diingatanku. Tujuh bulan sudah berlalu, terasa bagai semalam ia berlaku, semoga rohnya dicucuri rahmat Illahi, semoga diri diberi kekuatan, untukku meneruskan kehidupan , kadang terukir juga titisan airmata mengenangkan si dia, bakal pemilik hatiku sudah tiada, tapi aku redha, aku redha dengan ketentuanNya, pasti ada hikmah disebalik semua ini.
"syiqin, eh kau menangis syiqin, kenapa ni?""tiada apa-apa lah sari, aku cuma mengenangkan kisah yang telah berlalu.....""Ashraf?????... Asyiqin, dia dah tiada asyiqin, kau yang masih bernyawa kena teruskan kehidupan, jangan terlalu merendam dirimu dengan kesedihan Syiqin""tapi sari...aku....aku tak kuat sari, semua persiapan sudah siap, dia tak juga menjadi milikku,""syiqin!!! mari........"
sari menarik tanganku, membawaku ke tepi pantai, tempat kami meluah rasa, meluangkan masa bersama.
"syiqin kau buka diari mu, kau baca bait kata-kata yang kau coretkan, ....disini ... disinikan tempat kau mengambil rasa, disinikan tempat kau selalu mengambil peluang, untuk koreksi dirimu, untuk teliti apa yang tersimpan dihatimu,kau baca diarimu apa yang sudah kau tulis, bukankah kau seorang yang kuat? ..bukankah kau seorang yang teguh?.. dimana kau yang dahulu Asyiqin....!!"
air mata jatuh berderai, aku, dimana aku yang dahulu, aku yang dahulu tertawa ria sentiasa, dimana aku yang dahulu, punya sifat periang dan ramah setiap masa.
"Syiqin aku sebagai sahabatmu, akan sentiasa berada disisimu, aku cukup mengenalimu, kau bukan kau kini, carilah dirimu, cari semula siapa dirimu, kau bukan yang ini, aku pasti.... aku mahu kau yang dahulu..."
tujuh bulan, tujuh bulan aku bersedih, bukan kerana tidak pasrah, tetapi entah mengapa, hati ini tiba-tiba merasa kesunyian, memerlukan kehadirannya sebagai pendamping diriku, mengharapkan kehadirannya dalam lembaran yang baharu, tapi harapan itutidak kesampaian.
"Asyiqin, semua ini seharusnya menimbulkan rasa keinsafan yang mendalam di  hati kita, syiqin. Apa yang menimpa kita adalah satu ujian dari Allah S.W.T kepada hambanya yang dia kasihi lagi di sayangi dan Allah juga menjanjikan berita gembira, pahala, rahmat, jalan keluar kepada hambanya yang bersabar dalam menghadapi ujian."
aku hanya berdiam diri, mendengar apa yang dikatakan oleh sari, sememangnya benar apa yang dikatakannya itu.
"Syiqin, Jadikanlah ujian, musibah dan bencana yang dihadapi hari ini sebagai titik-tolak atau langkah permulaan bagi kita meneruskan kehidupan, jangan terus menyiksa dirimu dengan kesedihan, seolah-olah menampakkan kau tidak redha dengan ketentuanNya"
Aku mengangkat wajahku yang sayu, melemparkan pandangan ke dada langit. Bukanlah kiranya aku menolak takdir yang telah ditetapkanNya, malah aku maklum setiap yang berlaku ada hikmahnya, tetapi jauh disudut hatiku, masih menyimpan kesedihan, kehilangan orang yang telah ku beri harapan. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan apa yang aku utuskan di hati ini, ku mohon agar Kau berikan ku kekuatan untuk mengharungi dugaan ini. Walau pun adanya detik aku mengukir senyuman di wajah, tetapi diri dapat merasakan, jauh disudut hatiku menangis.
"sari, terima kasih kerana sudi menemani aku ketika senang dan ketika ku sedih,"
"Asyiqin, kita sama-sama membesar Syiqin, dah macam adik-beradik pun, mana mungkin aku akan tinggalkan engkau sahabatku."
Bersyukur  kepada Mu Ya Allah, memberiku nikmat seorang sahabat yang setia denganku, seorang sahabat yang sentiasa menasihatiku dengan hikmah, dan selalu membawaku dekat dengan Mu.
"Syiqin marilah kita balik, hari pun sudah lewat petang. anak-anak menanti kita."
Sari menarik tanganku, berjalan bersama, aku tahu sari juga merasakan apa yang tersirat dihati ini, kerana dia cukup mengenali ku. aku masih melempar fikiran ke masa lalu yang pasti membuat air mataku jatuh berlinangan. aku mesti teruskan kehidupanku, dan kehidupanku sudah pastinya tidak akan kembali ke masa lalu. apakah yang ada dihadapanku, aku celik tapi aku tak nampak apa yang ada dihadapanku. sememangnya peristiwa lalu membuat kan satu pertanyaan, yang biasa terpahat di fikiran, Apa yang berada dihadapan?...... yang pasti, apapun dihadapanku, akan ku harungi dengan kesabaran berbekalkan nikmat kekuatan ini dariNya.
"Asyiqin, aku rasa kau naiklah dulu ke bilikmu, rehatkan fikiranmu, ya sahabatku, nti lepas solat Isyak kita makan sama-sama"
aku hanya mampu menganggukkan kepalaku. sari pun berdiam sahaja melihat keadaan ku kerana dia memahamiku. aku naik ke bilikku, bersiap untuk menunaikan solat maghrib dan isyak. Setelah selesai solat, aku merehatkan badanku di katil. Difikiran bermain macam-macam persoalan, berfikir, berfikir dan berfikir... aku terlelap seketika.
"Asyiqin, bangun syiqin...., syiqin..."
"sari, ada apa sari?"
"ni aku bawakan kau bubur, makan lah dahulu"........"asyiqin, esok kita pergi hospital ya. aku lihat kau tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini. "
"aku baik-baik saja sari, aku rasa aku perlu rehat sahaja"
"esok kita pergi hospital ok, aku tahu kau perlu rehat, tapi kena juga periksa kesihatanmu syiqin, kau lemah. kita pergi esok k"
"baiklah sari"
aku hanya patuh pada katanya. dia sungguh mengambil berat tentang diriku. tapi aku juga tidak mahu terlalu membebankannya. sifatnya yang sangat mengambil berat, membuatkan dia merasa diri ini sebagai tanggungjawabnya.
"kau tak habiskan bubur ini"
"aku da tak boleh nak makan lagilah sari"
"oh, xpalah, nti aku tolong kau habiskan ya adik manis"
dalam keadaan yang begini pun, sari masih mampu membuatku tersenyum. aku faham dia mengerti apa yang aku alami.
"tidurlah Asyiqin. rehat, jangan banyak fikir ok. selamat malam. Assalamu'alaikum."
"wa'alaikumussalam"
sari keluar dan menutup pintu bilikku. aku pun melelapkan mata.
4.30 pagi : jam lonceng berbunyi.
aku membuka mata seawal 4.30 pagi. bangkit lalu bersiap untuk solat subuh. setelah solat subuh, seperti biasanya, aku membantu Mak Limah menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak. sementara sari membantu anak-anak bersiap untuk ke sekolah. aku sering menyibukkan diriku dengan kerja-kerja yang dapat membuatku lupa pada masa lalu. namun pasti ada juga terlintas difikiran ini. selepas anak-anak sarapan mereka pun pergi ke sekolah dan ada yang ke sekolah agama.
"Syiqin, hari ini tak dak nak keluar pergi mana-mana ka"
"hurmm, keluar pergi mana, sari ada "Plan" nak keluar pergi mana-mana ka?"
"sari ingat nak ajak syiqin ke bandar hari ini. dah lama syiqin tidak keluar kan"
"takkan kita tinggalkan mak limah buat kerja sorang-sorang"
"sayang ku syiqin, adik-adik sukarelawan dah sampai, lagipun hari ini aku nak bawa kau pergi hospital, periksa kesihatan. blh kan?"
"oh, begitu. Mereka dah sampai. hurm baiklah, mari kita bersiap"
difikiranku masih bercerita tentang kenangan lalu, begitu dalam kesedihan, sehingga aku tidak boleh melupakannya. hanya Allah yang tahu, akan apa yang tersirat dihatiku ini. setelah bersiap, kami bertolak ke bandar. dalam perjalanan aku  masih melempar kenangan ke masa lampau..
"syiqin, kita pergi hospital dahulu ya"
aku hanya menganggukkan kepala. mudah-mudahan aku sihat sahaja. setelah sampai kami terus ke kaunter, ambil giliran. sampai sahaja giliran aku dipanggil ke dalam.
"Nurul Syahzanani Asyiqin""ya,saya"
"kamu hendak buat pemeriksaan biasa kan""ya"
"kamu ada rasa sakit sebelum ni"
"ada, tapi saya rasa sakit biasa ja"
doktor membuat pemeriksaan , kemudian aku dibawa ke satu bilik untuk periksa apa tah, aku pun tak faham. setelah selesai buat pemeriksaan, doktor menyuruhku datang dua minggu lagi untuk ambil  keputusan pemeriksaan perubatan ini.
"apa doktor kata,syiqin""takda apa-apa lah sari, kena datang dua minggu lagi untuk ambil keputusan ja""ha? dua minggu""a'ah" jawabku selamba
Selepas itu, kami bergerak ke pekan yang berdekatan, membeli sedikit barang keperluan.
"Syiqin, lepas ni kita nak pergi kemana?, masih ada tempat nak pergi ka?""tak dalah, kita balik ja, boleh tak""ya syiqin, kita balik naik teksi sajalah"
kami duduk di pondok menunggu. aku diam sahaja, sari cuba menghibur hatiku dengan tingkahnya yang kadang-kadang mengukir senyuman ku. tiba-tiba ada kereta berhenti betul-betul di hadapan kami. seorang pemuda keluar dari kereta tersebut, menyapa kami.
"Assalamualaikum""Wa'alaikumussalam"
aku dan sari saling berpandangan, kemudian pemuda itu bertanya,
"kamu ni Asyiqin kan, dari Rumah Anak-Anak Yatim Nur Kasih""ya saya, kamu?""saya Hidayat, sahabat Ashraf, kamu hendak ke mana ni, kalau tak keberatan, marilah saya tolong hantarkan""kami nak balik, baru habis belanja sikit""oh kalau begitu marilah, jangan bimbang, saya ikhlas nak hantar ni"
sari menarik tanganku masuk kedalam kereta milik Hidayat.
"Hidayat,sebelum ni kamu pernah datang ke Rumah Nur Kasih," tanya sari"owh, pernah, semasa pertunangan Asyiqin dan semasa menguruskan jenazah haritu"
tiba-tiba airmataku jatuh, mungkin kerana masih tidak dapat menyembunyikan kesedihan.
"Sabarlah Asyiqin, tiada yang kekal didunia ini, semua kita pasti akan mengalaminya, samaada cepat atau lambat ja, kita doakan semoga roh Ashraf tenang disana"
sampai sahaja di Rumah Anak Yatim, kami turun dari kereta.
"terima kasih Hidayat""sama-sama, ni kad saya, kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu, hubungi sahaja saya. InsyaAllah saya sedia membantu... Assalamualaikum""Wa'alaikumussalam..."
"Hidayat, kalau ada kelapangan, datanglah kesini, temani anak-anak untuk mengisi masa terluang"
Hidayat tersenyum. "Baiklah InsyaAllah"
<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Baik benar Hidayat kan Asyiqin""ha, kenapa, terpikat ke sahabatku""eh tak dalah, aku saja ja, manalah tahu itu jodoh engkau""amboi, cik sari, dah2 jangan nak sakat aku pulak, mari kita bersiap, aku nak naik solat dahulu""hihi, baiklah cik Asyiqin"
Aku bersiap, lalu solat..selesai sahaja solat, aku mengambil Terjemahan Al-Quran yang ku letak diatas meja, lalu ku sambung membacanya. sesekali, menitis jua airmata di pipi.
"Asyiqin, marilah kita makan, aku lapar ni""kau makan lah dahulu sari, nanti aku turun makan""aduhh taknak, nak makan dengan kau juga"
sari menarik tanganku. tingkah nya sememangnya agak manja denganku kerana kami membesar bersama-sama.
"yalah cik sari, kejap aku bersiap""turun tau, kalau kau tak turun, aku taknak makan, aku tunggu kat luar""hihi, nakal....ya sari"
aku bersiap dan kami ke dewan makan bersama-sama.
"makcik, anak-anak dah makan kah makcik""dah syiqin, mereka dah makan tadi, kamu berdua makanlah, ni dah makcik sediakan""terima kasih makcik"
setelah selesai makan, kami pun duduk di pondok berdekatan dengan dewan makan.
"Syiqin kau ada bagi nombor handfon kau tak pada Hidayat tadi""tak da, kenapa?""habis tu mcna dia nak hubungi kau kalau dia nak datang sini""ala dia mesti tahu nombor telifon Rumah Anak Yatim ni""ooo mcm tu"
aku terlihat pokok-pokok bunga yang layu di tepi pagar. aku mendekati pokok-pokok tersebut.
"sari, sari marilah kita siram pokok-pokok ni, dah layu ni""lah kan pagi tadi pak khalid dah siramkan""tu tadi pagi, ni layu dah, mari cepat"
"pokok ni cantik kan,""a'ah cantik sangat mcm  Asyiqin""ha? pokok yang layu ni mcm aku ke?"

kami berdua ketawa bersama. sesekali terubat juga kesedihanku pada kisah lalu.
"syiqin, tu pak khalid dah sampai, wahh anak-anak dah balik"
"Assalamualaikum kakak""wa'alaikumussalam adik-adik manis"
"sekarang semua pergi bersiap ya, mandi, makan, buat keja sekolah tu, nanti maghrib kita solat sama-sama"
"baik kakak"
"sari aku rasa aku tak payah kawin pun tak mengapa""HA??? pulak dah, kenapa?""hihi..banyak anak-anak disini yang lebih memerlukan""kau jangan nak merepek, dah kau pun pergi mandi juga, solat asar tak lagi kan, ""ya, jom "

setelah selesai bersiap, solat asar, aku merebahkan badan seketika.. berfikir untuk masa hadapan yang masih tidak nampak. walaupun aku masih ingat peristiwa lalu, tapi kehidupanku? takkan aku korbankan kehidupan hanya untuk perkara yang berlaku dimasa dahulu. aku mesti teruskan kehidupanku, aku tak boleh kalah dengan masa lalu,semoga diriku diberi kekuatan. aku terlelap seketika.
"Asyiqin, bangun, dah nak azan maghrib ni""owhh sari, penat, sampai tertidur aku""dah2, pergi ambil wuduk, anak-anak pun tengah bersiap nak solat maghrib bersama""ya, sari"
Pak Khalid menjadi imam pada maghrib itu, seperti biasanya setelah selesai solat, anak-anak mengaji dan mendengar sedikit tazkirah yang disampaikan oleh adik-adik sukarelawan. kemudian kami solat isyak bersama. setelah selesai solat, anak-anak kembali ke bilik masing-masing .
"sari, esok kau rasa nak buat apa? ada rancangan apa-apa?""tak tahulah syiqin, tak fikir pulak nak buat apa-apa, jalankan tugas macam biasa ja lah""owhh ok""mengapa syiqin?""tak da apa-apa, aku masuk ke bilikku dahulu""ya, rehatlah syiqin, tenangkan fikiran ya"
aku naik semula ke bilikku, mencapai diari kesayanganku. menyelak lembaran diari ku satu persatu. mungkin perlu ku tukar diari ini. agar kesedihan hanya tamat di akhir lembaran ini. aku menutup diariku, ku simpan didalam laci, lalu ku ambil diari yang baru, masih belum dibuka dari bungkusannya. disinilah lebaran baru akan bermula. aku berharap bermulanya lembaran baru bagiku dihari esok.

No comments:

Post a Comment