Friday, December 2, 2011

Seindah Pelangi Senja (PART 1)


Tajuk : bukan untukku.... ketentuan takdir.....


pagi ini, cerah seperti hari-hari sebelumnya, rumah anak-anak yatim ini penuh dengan warna warni wajah anak-anak dan tawa mereka, aku dan sari seperti biasanya, jika di awal subuh berbahagi tugas membangunkan anak-anak dan menyediakan sarapan untuk mereka. yalah.. kanak-kanak sungguh bermacam-macamlah karenah mereka, sehinggakan kadang-kadang x  cukup tangan hendak melayannya, kami turut di bantu oleh dua orang sukarelawan, yang turut menginap  di rumah anak yatim ini setiap cuti semester universiti kerana mereka masih belajar.
       sebenarnya bukanlah kami berdua sahaja yang bertugas di rumah anak-anak yatim ini, masih ada staf lainnya yang bertugas, cuma tugas kami lebih kepada kebajikan dan lebih dekat dengan anak-anak ini. salah seorang dari staf disini merupakan bakal pendamping ku untuk beberapa hari lagi. Ashraf, salah seorang staf dari pentadbiran Rumah Anak-Anak Yatim Nur Kasih. yang juga merupakan tunang pada diri yang serba kekurangan ini. dia amat jarang menghubungiku, kerana ingin menjaga batas yang belum sah di antara kami berdua, tpi klu terjumpa tu dua-dua pun malu-malu lagi, dan keadaan ini akan berakhir beberapa hari, setelah kami diijab kabulkan, dimana pergaulan itu akan menjadi semakin rapat sebagai suami dan istri. " Asyiqin, marilah bantu aku di dapur, kesian Mak Limah menyediakan sarapan berseorangan, Pak Khalid keluar ke pekan"  kata sari yang sentiasa menebarkan senyuman dan jenakanya padaku. aku dan sari menuju ke dapur untuk membantu Mak Limah menyediakan sarapan. " Syiqin, genap dua hari lagi kau akan menjadi permaisuri pada nya putera yang menjadi idaman mu, tidakkah kau gementar sahabatku, nanti setelah mendirikan rumah tangga, rajin-rajinlah kesini menjenguk kami dan anak-anak" kata sari dengan nada suara yang seakan-akan sayu pada wajah yang ceria. " rasa gementar itu sudah tentu ada sari, aku risau juga tidak dapat menjadi yang sempurna untuknya tapi aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuknya,"...... " syiqin, tiada manusia yang sempurna di dunia ini sahabatku, masing-masing punya kekurangan, dan setiap kelebihan yang ada, adalah untuk melengkapi antara satu dan yang lain"..." ooo erm... aku akan ingat pesananmu sari."
      jam dinding  menunjukkan 11 pagi. RING ... RING ... RING....  " Assalamualaikum, inikah dia bakal permaisuri hati ku, yang akan mengisi kekosongan ku dalam beberapa hari lagi"...." aku tersenyum, .." wa'alaikumussalam, ya ashraf, ada apa awak?'......." Asyiqin, saya nak bertanya warna baju pernikahan yang kita nak pakai nanti, kerana esok hari, saya akan ke pekan, ke butik, untuk memilih pakaian yang sesuai dengan warna keinginganmu, "..." syiqin, suka warna putih, itupun kalau kalau-kalau bakal putera dihati setuju"..." Sangat setuju, Permaisuriku... opsss bakal-bakal...".. hehe aku yang tersenyum malu.. yang mungkin diketahuinya walaupun bercakap hanya menggunakan telifon. sungguh ceria buku dihati, kerana lembaran baru akan tercoret diatasnya, dengan hiasan hari pernikahanku. kad-kad jemputan sudah diedarkan, hanya menjemput sekadarnya. esok persiapan pernikahan akan dibuat,  teratak pernikahan ku juga akan dihiasi... bukan pelamin, sekadar perhiasan semasa ijab dan kabul nanti. Kami berdua telah bersetuju untuk mengadakan majlis yang sederhana dan tidak akan duduk bersanding di pelaminan yang selalu menjadi idaman setiap pasangan. tiadalah wajibnya melabur wang yang banyak untuk sesebuah majlis pernikahan yang hanya sekadar adat semata-mata.             seperti biasanya, aku dengan sari akan mengambil masa mengisi kekosongan yang ada sementara anak-anak ke sekolah di waktu petang, tempat yang kami gelar sebagai pantai setia, kerana tika gembira atau duka ia setia menanti kedatangan kami mewarnai  petang-petangnya. " Asyiqin, mungkin hari esok , hari terakhir kita akan bersama di pantai ini "..."  ish... kau ni sari, jangan lah cakap begitu, bukankah selepas itu aku masih bekerja disini... cuma aku akan pulang balik kerana tinggal dirumah suamiku.".... "tapi tentu kau akan menghabiskan masa dengan dia yang bakal menjadi raja pada permaisuri yang jelita ini, hihi".... sari sememangnya suka mengukir senyuman untukku... walaupun ku tahu perkataannya itu sebenarnya menunjukkan kesedihannya yang bakal tiba kerana aku sedar, masaku kemungkinan lebih banyak bersama pendamping hidupku,.." sari aku akan menemanimu jika terdapat masa terluang ku wahai sahabat tersayang," kami berjalan menyusuri pantai, sambil mengukir ceria dan cerita seperti hari-hari lainnya.....
        "Sari, dah dekat jam 5.. baik kita pulang sebelum anak-anak pulang, aku nak bantu Mak Limah sediakan makan petang, kau tolong lah kemaskan dewan makan ya"..." baiklah sari sahabatku " ^_^.... biasanya anak-anak akan balik sekolah jam 5.30 petang, Pak Khalid jugalah yang akan menghantar dan mengambil mereka dari sekolah. " Assalamualaikum... Assalamualaikum... kak sari.... kak Syiqin kami dah pulang "...... aku keluar dari dewan makan ahh balik sudah mereka ..." pergilah kalian bersiap diri, lepas makan nti terus bersiap untuk solat maghrib ya adik-adik  manis"..."hihi... kak Asyikin pun manis jugak,," usik seorang dari anak-anak itu.... "pergilah kalian bersiap dahulu ya".."baik kak"..." nanti kak syiqin dan kak sari naik ke bilik kamu",,,,, "...... setelah selesai makan, mereka semua pun berkumpul di surau untuk menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah" kemudiannya mereka belajar dan ada yang membuat kerja-kerja lainnya... tepat jam 10.30 malam kami akan mengarahkan mereka untuk tidur..." selamat malam adik-adik., tidur yang lena, jangan lupa baca doa tau"..." selamat malam kak.....".. aku pun mematikan lampu bilik mereka dan bergerak ke kamar ku untuk merehatkan badan, seharian penat menjalan tugas.....  setelah bersihkan badan, akupun merebahkan tubuh di atas katil .." " esok merupakan hari persiapan pernikahanku... hati berbunga-bunga....sekali sekala timbul rasa berdebar. yalah bakal  menjadi permaisuri hati raja tempat ku bertakhta ^_^.... aku pun melelapkan mata.....
        sebelum subuh, aku pun membangunkan anak-anak , solat subuh berjemaah, seperti biasa sari menyiapkan sarapan membantu Mak Limah, aku pula menyiapkan anak-anak  kerana ada juga mereka yang bersekolah diwaktu pagi.. setelah selesai sarapan, mereka menunggu Pak Khalid di pintu dewan makan untuk menghantar mereka ke sekolah " belajar rajin-rajin tau...."..." ya kak" jawap  mereka......sungguh tenang di hati kerana bakal menjejak kaki ke alam perkahwinan ....
      ... hari ini hari persiapan pernikahanku.... aku tidak lepas dari menjalankan tanggungjawapku pada anak-anak ini, aku membangunkan mereka, menyiapkan mereka untuk ke sekolah...." kak syiqin, esok hari apa......"eh? hari sabtu sayang, knp? kamu tak tahuka?"...." ala kak syiqin ni... bukan itulha adik nak thu...esok hari kakak kawinlah kak...".... hihi aduh budak2 ni mula lah menyakat aku..... jauh nun di lubuk hatiku... aku gembira... kerana masa yang ditunggu berkunjung tiba... " jangan nakal-nakal di sekolah ya" pesan ku pada mereka..... Ring.. Ring...Ring,,, siapa pula kali ini.... ahh hihi si dia bakal suamiku...." Assalamualaikum.... Nurul Syahzanani Asyiqin, apa khabar mu bakal permaisuri dihati, esok hari pernikahan kita, sudahkah kau bersedia menjadi permaisuri hatiku" .... nilah pemuda yang jarang sekali menghubungiku... sekali bercakap berbunga sungguh hihi...." ya awak hihi, awak nak ke pekan hari ini kan..."...."ya... beli baju pernikahan sekali mengurus sedikit urusan rumah anak yatim.."... " hati-hati memandu ya"...." tunggulah kedatanganku ya permaisuri  assalamualaikum..." aku tersenyum  " wa'alaikumussalam...".....ada sudah orang yang datang menyiapkan tempat pernikahan... tidaklah terlalu rumit sangat, kerana kami hanya mahu menjalankan majlis yang sederhana sahaja... " sari, membantuku meletak inai dijari ku.. sedikit-sedikit adat ^_^..."asyiqin.. tentu lah kau kini bergembira hati, bakal menjadi permaisuri dia dihari esok, aku doakan kau bahagia disisinya sehingga ke akhir hayatnya"...." ya sari. esok merupakan detik yang ku tunggu-tunggu..."... aku membantu-bantu juga menyiapkan tempat, bunga telur untuk diberikan pada tetamu yang datang... ... eh sms..." Assalamualaikum, Asyiqin, aku kirimkan baju pernikahan aku dengan kamu pada Pak Khalid, aku balik lewat sedikit, ada urusan yang belum selesai"....  " wa'alaikumussalam...ya awak....hati-hati ya" ...
        setelah selesai Solat Zohor, aku dengan sari mengemas halaman rumah anak yatim yang masih nampak berselera... sari asyik menyuruhku berehat, tetapi aku masih nak membantunya... kerana ini pun untuk hari pernikahanku, setelah siap berkemas kami duduk di kerusi panjang tepi pondok rehat. " syiqin, dah jam 3 ni, ashraf dah balik?"... aku pun x thu sari, dia kata ada urusan lagi di pekan, dia kirimkan persalinan nikah esok dengan Pak Khalid, ".... kami pergi ke bahagian hadapan melihat tempat pernikahan yang sudah dihias rapi.... sekrang mereka memasang daun kelapa di hadapan pintu gerbang...." sari... terima kasih  membantuku hari ini "....." ahhh.. kau ni.. aku bukan orang lain lah.. dah2 jangan nak sedih2 plak"... hihi...sungguh ku faham akan isi hatimu sahabat.. tntu tercalit kesedihan dihatimu kan.... biarlah dari hati ke hati yang merasanya......." Asyiqin, ni kiriman Ashraf di pekan tadi"... "terima kasih... pakcik"... aku pun naik kebilik... mengenakan baju yang baru dibeli... ahhh sungguh sesuai... sari yang melihat ku tersenyum juga...  " erm hari hujan pula.. harap-harap esok cerah sahaja... tiba-tiba pula hari bertukar gelap kan sari"..." a'ah... mcm nak ribut ja syiqin"... " sari jom kita bantu anak-anak yg buat persiapan lain, aku membantu mereka mengangkat barangan kaca, takut-takut mereka tak kuat mengangkatnya...
      tepat jam 6... dekat maghrib dah, mana ashraf ni...hati risau,,, nak sms takut menganggu dia memandu... ahh mungkin adalah urusan nya tu..... cuaca pun semakin tak baik... di hati terdetik juga rasa x sedap... tpi ku buat-buat biasa sahaja.. biasalah mungkin perasaan ini.... lpas solat maghrib dan isyak... aku baru ingin mngisi perut ... terlalu asyik membantu kerja sehingga lupa makan...setelah selesai makan , tangan mencapai gelas kaca untuk ku tuang air putih... ehhhh.... terkejut.. gelas yang ku pegang pecah terlepas dari peganganku... " kenapa syiqin,"... dia menyedari keadaan itu... " tiada apa-apa... aku terlepas gelas ni tadi... " syiqin naiklah ke bilik.. rehatkanlah badanmu.... "... " baiklah"... akupun merebah badan yg keletihan , hati risau jam sebegini dia belum balik juga.. terlelap seketika....   " syiqin... Asyiqin... bangun... bangun syiqin...."..." eh sari... ada apa... "... xda apa2 .. pergilah bersiap... ikut kami..."... ku lihat mata sari berkaca-kaca... kadang gugur dipipi juga... " knp ni sari ?...." x da apa2.. bersiaplah....".. aku pun bersiap.. mengenakan tudung dan baju yang lengkap,,, "Mak Limah, tolong tengok-tengokkan anak-anak dlu ya" kata sari " mari syiqin..."aku pun menaiki van dengan sari yang dipandu oleh Pak Khalid,.." dalam van aku terdiam.. hairan... kemanakah destinasi dalam cuaca buruk begini...
      ahhhh HOSPITAL??.. siapa yang sakit..." sari, siapa yang sakit sari??"... tak ada apa-apa syiqin...mari masuk"... erm melihat pak Khalid sedang bercakap dengan salah seorang pegawai disana,  dan membawa kami ke sebuah bilik... aku mengekori sahaja, tak pasti keadaan sebenar " BILIK MAYAT " hah!! sapa yang meninggal " hati semakin gusar... sungguh tidak tenang... " sari... sari... kita buat apa disini, ada pa disini sari?,,,,,," sabarlah teman, kita datang menjemput tunang mu pulang "ap..apaa maksudmu.... ???'' .. sari memelukku erat,,,,, teresak-esak... " sabarlah syiqin..." ku aku masih tergamam.. apakah ini??.... " melihat sekujur mayat di tutupi kain putih.... " siapakah ini?''... pegawai membuka kain putih tersebut... sari memelukku dengan erat...... " Ya Allah, ash.. ashraf... apakah ini ujian untukku??''... " bersabarlah Asyiqin.... bersabarlah...".. kata pak Khalid " tapi... tapi .. esok... aku sudah tidak dapt menahan sebak didada... " sari... sari ashraf sari???"....." bukankah kain putih sepatutnya ku pakai untuk pernikahan esok... mengapa ?? mengapa dia?? yang ditutupi dengan kain putih...."..... aku tidak dapt menahan kesedihan ku... sungguh tidak menyangka,... aku... telah kehilangan dia...."...." Pak Khalid , menguruskan jenazah untuk dibawa pulang , disembahyangkan ...lalu disemadikan "...... Sari... lihatlah aku diteratak pernikahan ini... disinilah aku keesokkan hari menunggu insan yang bakal menjadi putera dihatiku..." syiqin,, semua ini sudah ketentuan . .. redhalah dengan ketentuannya.....  ... Ya Allah Kuatkanlah Hatiku........

1 comment:

  1. speechless.
    saya doakan yang terbaik.
    allahummaghfirlahu, warhamhu....
    Allah sentiasa berikan kita yang terbaik, insya-Allah...

    ReplyDelete